Kenali lebih dalam keperibadian diri

October 11, 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Sebagai salah satu sumbangannya kepada pembangunan belia Brunei, Reuben Chin dari Epipeople Consultants telah mengadakan Bengkel ‘Understanding People Better’ di Kolej Perdagangan Laksamana (LCB).

 

Bengkel yang dihadiri 42 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Sains Komputer dan Pearson BTEC Level 5 Diploma Tertinggi Kebangsaan dalam Pengkomputeran berkenaan meliputi pengenalan kepada laporan keperibadian, memahami gaya keperibadian dan tingkah laku mereka.

 

Pada bengkel berkenaan, Reuben Chin menyediakan beberapa aktiviti bagi mengenal pasti keperibadian untuk mengetahui dominan, pengaruh, kestabilan dan hemat (DISC) para pelajar, di mana kebanyakan mereka berada dalam elemen I dan S.

 

Selain itu, para pelajar turut diperkenalkan lebih lanjut mengenai elemen DISC bagi menentukan keperibadian yang digunakan dalam pengurusan sumber manusia, kaunseling dan perundingan profesional.

 

Epipeople Consultants merupakan sebuah syarikat latihan perundingan sumber manusia yang aktif membantu perniagaan dan individu meningkatkan produktiviti mereka dengan kaedah memahami orang lain dengan lebih baik.

 

Mereka menggunakan ujian keperibadian DISC, The People Manual, yang menjadi asas bengkel dan dikembangkan ke dalam beberapa topik tertentu seperti manual jualan dan manual pengurusan konflik.

 

Epipeople Consultants telah mengendalikan latihan di 21 buah bandar raya dan mempunyai rekod pencapaian memperkasakan lebih daripada 5,500 individu.

 

Antara yang ikut serta dalam bengkel tersebut.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

We are open for REGISTRATION!

June 11, 2019

1/1
Please reload

Featured Posts

Innovative initiative promotes Brunei entrepreneurs

January 17, 2019

1/4
Please reload

Recent Posts

September 16, 2020

Please reload

Archive