Tingkat nilai industri pelancongan

August 29, 2019

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah menjadi rakan kerja yang baik kepada Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) dengan menyediakan Kursus Pengurusan Hospitaliti dan sebagai institusi perintis yang menyediakan Kursus Latihan Pemandu Pelancong dalam dua tahun kebelakangan ini.

 

Lebih 200 orang pemandu pelancong (guides) berlesen bagi Brunei Darussalam telah melengkapkan Kursus Latihan Pemandu Pelancongan berkenaan.

 

Beliau berkata, kursus-kursus berkenaan sememangnya telah meningkatkan nilai-nilai industri perhotelan dan pelancongan selaras dengan Wawasan Brunei 2035, iaitu untuk menghasilkan masyarakat yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi di Negara Brunei Darussalam.

 

Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong menekankan perkara berkenaan semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Majlis Tamat Pengajian LCB 2019 yang berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

 

Dalam ucapannya itu, beliau turut menyentuh mengenai penerbitan buku panduan pelancong pertama yang merupakan usaha bersama antara KSSUP dan LCB.

 

Menurut beliau, buku panduan tersebut yang mengandungi fakta dan kandungan sejarah mengenai Brunei diberikan kepada semua pemandu pelancong bagi membimbing mereka dalam pemanduan mereka.

 

Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai Sekolah Kuliner LCB yang baharu dibuka baru-baru ini bagi melengkapkan para cef muda dengan asas-asas penyediaan makanan profesional dan amalan terbaik yang diterima pakai di seluruh dunia.

 

Beliau menyatakan bahawa kementeriannya bersyukur atas sumbangan tersebut dan mereka gembira dengan kualiti dan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh LCB.

 

Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan menyampaikan sijil kepada salah seorang graduan.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

We are open for REGISTRATION!

June 11, 2019

1/1
Please reload

Featured Posts

Innovative initiative promotes Brunei entrepreneurs

January 17, 2019

1/4
Please reload

Recent Posts

September 16, 2020

Please reload

Archive